Nama Sekolah :
Sekolah Kebangsaan Tambak Paya
Tarikh Penubuhan : 09/04/1952
Bilangan Murid :
368 Orang Murid
Bilangan Guru :
34 Orang Guru
Bilangan
Anggota :
6 Orang Anggota Kumpulan Pelaksana
Kumpulan Pelaksana
Bilangan Kelas :
15 Buah Kelas
Alamat :
Sekolah Kebangsaan Tambak Paya,
Km 13, Tambak Paya, 75460 Melaka
No. Telefon : 06-2683733
No. Faks : 06-2683733
E-Mel : sktambakpaya@gmail.com
VISI
PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA
MISI
MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA
MATLAMAT SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tambak Paya, Melaka akan melahirkan insan yang berilmu, berdisiplin dan berhemah tinggi serta mewujudkan suasana sekolah yang kondusif menjelang tahun 2015
SLOGAN
USAHA MAJU JAYA
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Tambak Paya telah didirikan kira-kira 62 tahun yang lalu iaitu pada 14 September 1952 bersamaan dengan hari Ahad. Hasil kerjasama secara bergotong-royong yang diketuai oleh Allahyarham Tuan Haji Abdul Majid bin Haji Husin (JP) Demang Ayer Molek, Melaka dan Datuk Sidang Said bin Sakibi, maka dapatlah penduduk kampung ini mendirikan sebuah pondok yang menjadi asas Sekolah Kebangsaan Tambak Paya sekarang ini.
Keikhlasan hati seorang insan yang bernama Pn. Hjh. Mariam bt Karto telah memberikan sebidang tanah bernombor Lot No: 539 yang luasnya 2r 301p. Diatasnya tertegaklah sebuah bangunan sementara, iaitu pondok beratapkan nipah, berdinding papan sekerat dan berlantaikan tanah. Tanah ini telah dibeli oleh kerajaan daripada Pn.Hjh. Mariam bt karto dengan harga RM200 sahaja dan kemudian beliau telah mendermakan RM100 kepada pihak sekolah.
Pertambahan murid berlaku agak cepat dari setahun ke setahun. Sehingga tahun 1960 seramai 331 orang murid dari tahun 1 hingga Tahun 6 terpaksa ditampung (188 murid lelaki dan 143 murid perempuan) . Ini memaksa pihak pentadbir sekolah menumpangkan murid Tahun 2 di bangunan Bilik Bacaan Ayer Molek Darat. Oleh itu pada hari Selasa bersamaan 18 Jun 1968, jam 3.00 petang Y.A.B Menteri Pelajaran Malaysia Encik Khir Johari telah merasmikan acara Pecah Tanah Bangunan Tambahan Sekolah Kebangsaan Tambak Paya. Kehadiran menteri itu telah diiringi oleh pegawai- pegawai dari jabatan Pendidikan Melaka. Pada masa itu, Guru Besarnya ialah Encik Abu Samah bin Haji Abdul Aziz.
Pada penghujung tahun 2005, bangunan lama telah mula dirobohkan. Murid terpaksa belajar di bangunan sementara yang disediakan di tepi padang sekolah. Guru Besarnya ialah Encik Salleh bin Ahmad. Pembinaan bangunan baru ini berjumlah hampir 4 juta ringgit.
Menjelang Julai 2009, murid-murid telah berpeluang menggunakan bangunan baru sekolah. Maka segala persiapan landskap dan keceriaan dijalankan samada di luar mahupun di dalam bilik darjah. Keadaan sekolah semakin ceria sehingga kini. Guru Besar di sekolah ini ialah Encik Zubir bin Darois.
No comments:
Post a Comment