CARA UNTUK LOG IN YES ID & PASSWORD DALAM AKAUN VLE FROG ANDA
Kepada para pelajar SK TAMBAK PAYA yang sudah mendapat YES ID dan PASSWORD bagi akaun VLE FROG anda, berikut adalah cara-cara untuk log in ke akaun anda.
LANGKAH 1:
- Sila gunakan pelayar web (Web Browser) Google Chrome.
LANGKAH 2:
- Taipkan alamat VLE FROG sekolah seperti berikut:
- https://mba2009.1bestarinet.net
- Kemudian tekan ENTER
- Sila pastikan KOD SEKOLAH yang ditaip adalah betul. Ini kerana 10000 buah sekolah di Malaysia yang mempunyai akaun frog mempunyai alamat yang sama. Cuma yang membezakan hanyalah KOD SEKOLAH.
LANGKAH 3:
- Paparan seperti berikut akan dipaparkan.
LANGKAH 4:
- Sila isikan Yes ID dan Password anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Yes ID anda boleh ditaip menggunakan huruf kecil.
LANGKAH 5:
- Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.
- untuk pengaktifan sila klik "OK" sahaja.
LANGKAH 6:
- Sila isikan Yes ID dan Password anda lagi sekali pada ruangan yang telah disediakan. Klik "TERUSKAN"
LANGKAH 7:
- Seterusnya di bawah nya sila isikan Butiran Akaun anda klik "TIDAK" dan klik "TERUSKAN" sahaja
- Sila klik pada kotak kecik untuk mengesahkan.
LANGKAH 8:
- Seterusnya paparan di bawah klik "CONTINUE" sahaja.
LANGKAH 9:
- Bagi pengguna baru, arahan berikut akan di paparkan.
- Sila tandakan pada kotak kecil “Click here to accept terms and condition”.
- Klik Accept
LANGKAH 10:
- Inilah paparan bagi Your Dashboard anda. Anda boleh mengedit ruangan Dashbord ini.
No comments:
Post a Comment